HANAKIMNISYID FAMILY. Powered by Blogger.

Tangisan Seorang Ibu...

Satu Syawal sudah menjelma....kalini aku beraya di sitiawan Perak, memandangkan di Kedah both of PIL dah xde.. 1st time jugak beraya tanpa adik ku, arwah Quamariyah... selepas solat Aidilfitri mak ajak suma pi baca Yasin ke kubur arwah... lepas tu sessi bersalam salaman seperti biasa... time ni la mak aku menghamburkan air matanya dgn deras..tahun2 b4 ni time sesi salam sumanya ceria2...tapi tahunni sungguh berlainan...mungkin rasa terkilan dihati emakku tak pernah hilang (x dpt melihat arwah buat kali terakhir kerana mak ku berada di mekah menunaikan haji..) di tambah dn pemergian adik bongsu mak aku 3 bulan selepas arwah adik aku pergi...sesungguhnya kasih ibu tak pernah hilang walaupun anaknya sudah tiada...tapi adakah kita akan sentiasa mengingati kasih ibu dan bapa pabila mereka sudah tiada?

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka
memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat
kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah
yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..



Tazkirah Ramadhan by Dr. Ridhuan Tee

Ramadhan kali ni TPM mengundang Dr.Ridhuan Tee pulak....memang aku tak nak lepaskan peluang ni..bukan senang nak dgr live kan... lain la pulak tgk muka dia...dah tua skit heeehe...ni aku ada rakam tapi dgr suara jerla ek...tak larat nak pegang hp.. di hujung ceramah beliau menceritakan isi hatinya about his parents...hati beliau amat sensitif bila bercerita pasal ni...sambil citer dia menangis..."grab the opportunity"sementara kita masih hidup... nak citer ilmu yg dia sampaikan byyk..so korang dgrla kat video tanpa gambo ni sapai habis yer...
video
video