HANAKIMNISYID FAMILY. Powered by Blogger.

Hujung 2011....

mcm biasa..mood malas tak pernah hilang
bila rasa nak update terus sekali harung.....

masa cuti awal muharram aritu aku amik cuti seminggu...
cam biasa balik perak + kedah....
pastu on d spot at kedah terus plan nak pi jln2 langkawi...
lepak kat hotel kuala perlis...
esok nyer pi langkawi....
disebabkan anak2 aku masih comel2...so mmg takde nak shopping2...
mmg motif jln2 jer.....
time nak kuar dr feri n tgh beratur pjg2 tu...dgrla ada 3 dara pingitan ni ckp...
"lecehnyer bwk anak kecik2 bederet pi jln2..kalau aku tgu besar baru bwk jln....."
kalau la boleh ku balas......"mmg la penat n nampak leceh...tp nikmat bwk anak2 pi jln2 time kecik2 la paling best....mcm2 kerenah mereka yg akan buat kita happy dan terseyum sokmo....penatpun hilang..."

my 3 luvly kids...

camnerpun sedikit rembatan jugak ..kalau tak rembat bukan pempuan namanya hehehehe....
coklat2.....
sempat lagik....minyak tu beli byk2 sebab kat kl ni satu rm4....kat sana rm0.80 jer...buat sapu bila tukar pampers si hani...


bila da hujung tahun..means sibukla pulak ngn budak2 nak pi sek nex year...
after krismas pi bayar yuran utk si Hakim....tahun depan anak2 semua pi sek gomen...
so yuran pun murah...kemudahan pun tip top....
yuran utk setahun..lepas ni takyah fikir byaar bulan2 dah....

2 beradik ni bersemangat nak pi school...baju seluar kasut suma saiz yg sama...

si baby Hani...lagik 2 minggu nak masuk stahun......progress ala2 Najla kecik2.... tak boleh lawan abg Hakim yg cepat segala segi.....skrg dah boleh diri sendiri 2-3min tp tak boleh mlangkah sendiri lagik..kalau tolak ampai baju laju giler hehehe...
alhamdulillah dpt fully bf lagik....aritu dah standby susu formula coz takut tak ckup....tp dia tak mo..... moga2 lagik 2 minggu ni nak cukup setahun fully BF dpt di realisasikan....
rezeki hani.....

Gigi dah 6 batang.....



demam demam demam

Lepas beranak 3 ni .....tiap2 bulan sure kene virus demam...
Yg tak tahannya demam+tonsil bengkak+high bp .....

Mc pulak leh kata tiap2 bulan ada....huhuhu cmanerla KPI ku nex year...

Kalini, bibik n majikan sama2 demam +batuk + selsema + high bp = flat L
Hani lak dah baik demam tp still meragam sebab ulser naik dlm mulut dia ngan byk sekali...

Alhamdulillah harini Hani dah free-ulser....
Bila demam pastu pi keje dok dlm econ..faham2 ler camner rasanya....

dr nak baik bertambah tak baik....
Nak MC sgt segan dah kat boss n team.....lagipun dah menuju hujung bulan 12...

Keperluan sek anak pun tak buat apa2 lagik....

Bibik pulak dok sibuk nak buat pasport n permit....
Adui byk nyer nak fikir....cepat2la sihat wahai bdan....

Allahumma 'afini fi Badani..

Allahumma 'afini fi Syam’ie..

Allahumma 'afini fi Bashori..

Lailahailla anta.....

good bye

"Teman" yg byk berjasa selama 7thun.. arini 13.12.11 dah bertukar tuan...sgt sedih

testing

bsiaRan dr new gadget...

arini selangor cuti..tp aku yg keje arni sgtla penaat....keje byk maa..esokpun dah ada keje menunggu..byknye mende nak fikir...          

sekali harung


Sempena 11/11/11 aku nak update sekali harung..dlm kepala byk citer tp dok malas sesgt nak menaip…

Mula2 nak congrats kat dia sendiri (syok sendiri jer) sebab dah 11/11 ni dah berjaya fully BF si comel Hani selama 10 bulan….another 2 months lagik utk 1 year and kkalau misi berjaya..another 1year lagik for 2 years mission…..aminnn… (stock susu dah tinggal 2-3 botoljer huhuhu….kais pagi kais ptg jer)

Pastu nak congrats kat Hana Najla atas pencapaiannya kat tadika….Najla nak dpt no.1 sebab nak dpt hadiah ‘Barbie Castle’…tp just dpt no.2 …..takpela okla tu…so sorry Najla tak dptla Barbie Castle … najla pun dah laju membaca tp Malay version la….English version cannot lagik…. So tugas my hubby cuti sek ni dah ada-----ajo Najla English…. (mr.hubby jgn lupa ek) by end Dec mesti ada progress (cam boss lak aku hehehe)

byk subjek yg naik tp subjek English jatuh merudum...kes mak pak tak ajo kat umah sgt...
TQ Tadika Aulad...ilmu yg byk Najla belajar..solat, hafal ayat lazim, pandai membaca, sistem math yg bagus (aku pun tak pandai nak mengira mcmtu)...


Nex year Najla pi pra sekolah(tp still berfikir nak cont. Tadika Aulad ke dak)n Hakim akan pi Tadika Kemas….. so boleh compare sek free ngan sek berbayar……Hakim baru 4years tp disebabkan rimas tgk dia ngadap tv jer so better dia pi tadika campur2 ngan kekawan...tp risau gak sebab anak teruna ni lain skit....bak kata Hakim..."Hakim nak GARAM ngan kawan dan cikgu" actually garam tu GARANG...tgkla muka dia amik gambo pasport ni utk buh dlm borang...."GARAM" tak?

Lagik 2 weeks nak cuti2 malaysia…tp tak tau nak pi mana musim hujan ni…. Yg confem balik Sungai Petani…. After balik cuti, boss lak pi bercuti ke US 2 minggu….best2….merdeka……

Raya Haji aritu buat kenduri akikah utk si Hani (dah 10blan baru buat...mengamuk2 bila direnjis2 hehehe) merangkap sekali kenduri arwah dan doa selamat... goodies siap2 buat dr KL....tgkla si ayah ngan anak2jer yg buat..maknyer ngan si Hani dok jadik mandur jer hehehe....

4 ari b4 nak balik raya haji...Mr HUbby injured lak main bola.....tiba2 jadk goalkeeper tak bertauliah...hasilnya bengkak2 la jari....bola mmg tak boleh dipisahkan....mcm2...mula2 risau gak camner nak drive balik kg..agenda suma dah siap sedia kat kg....naisb baikla boleh jugak dia drive ngan kete auto...


Alergik Antibiotik

 skrgkan musim demam batuk selesama....lepas raya aritu  najla, hakim n hani asyik pusing2 mcm roda jer virus2 ni suma....sorg baik sorg demam..baik sekejap demam balik..pastu jangkit lak kat abg pastu adik pastu kakak..pusing2 tangtu jer.....

 gara2 medical cover aku dah asses. for tis year....(dah lebih 3k ....) so smlm laki aku bawak hakim n najla pi hosp kajang.....dpt ubat demam n antibiotik.... dipendekkan citer...ini kali kke-2 Hakim allergik ngan abtibiotik.....1st kes masa awal tahun dpt antibitik dr panel klinik utk sakit pelentong....kesanya beberapa jam lepas amik mata dia bengkak....so terus stop.... 

pagi td bangun tido Hakim bagitau dia takleh bangun...rupanya kaki dia kejang la....cuak giler aku...nasib baik mr hubby tak pi sek lagik....urut kaki ngan minyak hangat n mr hubby buat fisio kat kaki dia....alhamdulillah pastu leh jalan....tp Hakim cam fobia2 skit nak jalan....so harini searching info ttg antibiotik allergik..... mmg sah salah satu nyer kaki kejang.... sila baca info dibwh yer....

 

 

Antibiotik - Kisah Seekor Harimau Yang Kehilangan Taring

Assalamualaikum,

Ramai ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang dunia ke 2 sebagai rawatan utama.

Sehingga kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia. Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria (bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria (bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria daripada merebak di dalam badan.

Sesuai dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari walaupun tanpa penggunaan antibiotik.

Sebagai contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah sejenis virus. (pandaaaii..... :) )

Sekiranya semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80% daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh.


Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?

1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan. Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan sesak nafas.

2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati, pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat gambar.


3. Antibiotik sebagai bom nuklear. Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut. Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan itu.

Malangnya, antibiotik tidak mengenal musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu, disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod cerita koboi bila sherif dah tak ada.

Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring

Apabila antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan manusia yang dekat dan jauh.

Apa yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi antibiotik yang berkesan terhadap manusia.


Kos Perubatan Meningkat

Semakin kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang. Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat. Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?


Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?

1. Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa sebab...

a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.

2. Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.

"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.


Cara Saya

Anda patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.

Sekiranya selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti dihabiskan.

Perlu diberitahu di sini... Ubat antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan bakteria.


Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!

"Doktor, saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".

Pertama sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.

Kedua, untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk, janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah cara.

Tujuannya adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan, tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum Perang Dunia Kedua!!
 

credit to : http://drazwan.blogspot.com/2008/01/antibiotik-kisah-seekor-harimau-yang.html

org muda vs org tua


suka d ingatkan kepada sape2 yg akn mendirikan masjid.. jemput lah kwn anda secara sopan santun.. kt org melayu, berbudi bahasa dan penuh tertib.. sekurang-kurangnya call la org yg ingin d jemput tu.. lg bagus dtg rumah, bg card undang sndri.. ni x org lain plak yg jemput.. jwb nye not attending lah ye..

Begitu la orang2 muda zaman sekarang. Macam di taman perumahan saya, bapa saya umur 76 tahun. Tiap2 hari dia duduk didepan rumah, bila ada mesyuarat atau kenduri kendara di taman ni mereka tu jemput guna sms ke hp adik atau mereka layangkan kad atau surat ke mail box depan rumah. Seolah2 orang zaman sekarang ini dah tak ada mulut.

Aku terbaca beberapa status n komen sperti di atas….baru tau nape ada sorg pakcik kat tmn aku tak pernah nak dtg kalau ada jemputan2….
Sebenarnya kalau kita yg muda2 ni fikirkan balik…mmg betulla apa yg dikomenkan….kalau org dulu2 panggil mulut   kan lebih manis….lagik satu kalau korg perasan…org2 tua dr jauhpun sanggup mai umah2 sedara or mana2 yg nak dipanggil semata2 nak menjemput…tp kita zmn skrg guna email, fb n seantaronya…..mcm mana la kita nak mengeratkan silaturrahim secara ikhlas….mungkin lain org lain pendapat kan…..pd aku mmgla teknologi dah ada tp selagi kita boleh panggil secara mulut itulah keutamaan nyer betul tak? Teknologi tu sebagai alternative jerkan dlm bab2 jemputan ni…. Selama ni akupun tak perasan mende2 camni ..nampak cam takde apa2 pun….tp sebenarnya besar impact nyer…. Fikir2 kan…..
Sebenarnya nak letak mende ni kat wall tmn aku…tp fikir2 balik takut jadi isu lak….so letak kat blog jerla ..

hatiku gundah...

badan pi keje..tp hati kat umah..tingat si kecik tu...dah 2 ari demam...mata kiri cam bengkak skit...
bila makan ubat kebahla..pastu 3-4 jam panas balik....badanpun tak laratjer...nak kene dokongjer..
maybe jangkit ngan Najla last week kot..lagipun skrg cam musim jer org demam...
cepat sembuh yer comelll.....

sapa nak sedekah?

sgt2 bekenan dgn yg ini....tlg kasik duit kat aku skit boleh?

cantik tak korang?

aci tak aku nak juai yg ni...
aku tolak rm600 jer (biasa 750 tau.... tak pernah pakai lagikpun... ;-)

berbeza

pagi td ada terdgr kt hot.fm psal pesanan supaya jgn beza2kan anak2 or menantu or sapa2
supaya tua nanti kita senang, sihat dsb dgn izin Allah....


notice ngan sseorg yg ku kenali, drpd pemerhatian nampak mcm membezakan anak2nya...
kesian jugak pd yg dibeza2kan tu....biasala setiap anak ada kelebihan dan kekurangan
masing2....biasanya anak yg lebih dibangga2kan, diwar2kan ...tp anak yg kurang
dipandang sepi..kesian anak itu...diapun punya hak yg sama....


tp tak semua mcm tukan...ada jugk yg kukenali, tak pernah membezakan anak2nya..
lebih ke kurang ke...sumanya sama..sumanya dipuji atas kelebihan masing2...
aku mmg kagum ngan sifatnyer dr kecil,muda dan tua...


Moga nanti aku termasuk kategori yg tak membezakan anak2 samda lebih atau kurang
"Sesungguh anak itu ujian dr Allah".....

our parents...

mlm td kul 10 baru perasan tepon aku takdak bateri...bila on tgk2 ada misscall msg
no yg naik...so dgrla msg misscall tu..pastu dgr suara.."mak : awak tepon sapa tu" ..."
"abah: tepon sedol ngan azie...tak dpt..." ..adui teremosi lak dgr conversation tu...
nak call balik dah kul 10...takut dah tido...rindu kot kat anak2 ngan cucu2 dia...
yela kan masa raya aritu suma balik...dptla berkumpul ramai2...bukan selalu parent
kita nak tgk anak2 n cucu2 berkumpul...

actually masa raya aritu suppose abg aku turn beraya kat kl...tapi aku igt turn beraya
kat perak...memandangkan masa aku balik b4 posa n abah aku belanja kitaorg mkn mcm berharap
dpt mkn ngan suma anak2 n cucu2 dia, so aku pjgkan hope tu time raya..aku pun msg abg aku
supaya balik raya ni beserta ayat2 power hahaaha....(masa tu aku tak tau lak turn dia kat kl tahunni)..bila kakak ipar aku call ckp yg tahunni turn kl, baru aku tau hehehe serba salah lak aku timetu  tp aku buat2 tak tau....then SIL ckp takpela balik kg perak la tahunni memandangkan dia nak bersalin bulan 12 nati lama tak balik lak...mak aku pun cam heran coz nape tetiba abg aku balik sdgkan b4 ni SIL dah bagitau tak balik raya coz mmg turn kl n tgh mabuk tak larat...hehehe aku latu
yg suh balik hehehe...so Alhamdulillah dptla my parent beraya ngan suma anak2 dia...

cuba kita letak diri kita di tmpt parent kita....masa kita kecik2 sentiasa di depan diaorg,
bila anak2 dah besar2, ada kerjaya n dah kawin n dah ada anak2...semakin jauh di mata
diaorg....last2 tinggalla diaorg berdua jer kat umah...mau nyer tak sunyikan...dulu anak2
ramai ..riuh rendah ngan gelagat masing2...mcm tu jugak kitakan..skrg ni anak2 kecik2 lagik
nanti kalau umur pjg camtu la jugak...mesti berharap anak2 selalu balik jenguk kita...
apapun hari2 doakanlah utk parent kita...

happy face...Syukran Ya Allah

2011 raYA memory...

skrgni kn musim dslr..jadik suma gamabr dr dslr jer ...henpon ku langsung tak bekerja amik gamabr tuan nyer hehehe...layan gamabarjer sebab mood nak berciter takdak...



Salam Aidilfitri....

Salam lebaran n mintak maaf zahir dan batin buat suma yg membaca blog ku..

kalau ada entry yg menyinggung perasaan or tak menyenangkan hati, ampunkanlak diri ku yg tak perfect ni yer...
Moga kita suma selamat pergi dan balik beraya di mana sahaja....Aminnn...


 Blog berehat  seminggu hehehe....

moga dirimu tabah...

Actually nak citer pepagi td...masa mood tgh2 sadisss.......
tp dok leka2 baca n tetiba kul 9 dah bederet2 keje....

dpt link ni http://alyn9479.blogspot.com/  dr blog org lain....
inilah kelebihan blogger2....walau jauh manapun umpama dekat sebelah jer..betui tak?
dan dpt berkongsi suka dan duka...

sungguh besar ujian tuhan utkmu....ibu yg perit menghadapi kerenah bekas suami
dan ditinggal anak semasa kita semua hendak menyambut hari raya....
semoga dirimu tabah wahai saudara sesama islam ku....doa dr kami suma yg mengenali thru alam maya...

pasal arini byk keje sgt ni..org dah mood cuti...lets cont. working....bedering2 phone...

stock merudum.....

Alhamdulillah sykur dpt bf my Hani  till now 7 month and 2 weeks... natijah utk org yg malas mengepam mcm aku ni .....


ini jer yg tinggal stock...10 x 5 oz.......... aduiii ....tgh fikir nak upkan balik stock lepas posa ni.... si comel hani dah minum byk...mkn pun byk...
si tembam yg tak mo duduk diam2....

Indahnya Al_Quran


Saja nak share tafisir al-quran utk hari ni…. Kalau kita baca al-quran n hayati setiap perkataannya…..subhanAllah…
Al-Quran itu mmg sempurna utk panduan hidup kita di dunia ini…
Nak share setiap ayat korang boleh baca sendirikan…..just nak amik certain2 ayat2 jer…
 Harini tadarus aku dah sampai surah Al-Jumuah…so masa baca, jumpa ngan ayat2 yg interesting n berkait ngan kehidupan semasa kita… (actually suma ayat2 alquran tu berkait ngan kitakan)..
ayat2 bwh ni terang2 suruh pi solat jumaat, even ko tgh berniaga…… tp kita tkg ramai yg berniaga buat dek jer nak solat jumaat kan…. Siap ada laki2 yg pi shoping kat shoping complex….betui tak? Cuba tgk ayat 10 tu…terang2 Allah ckp pi solat jumaat dulu pastu meniagala balik or buatla apa balik..lagik tuhan kasik rezeki byk…. Pastu tgk ayat 11 pulak… pasal dgr khutbah ni….rasanya ramai gak yg skip khutbah…pahala besar dgr khutbah tu kan…. Buat renungan kita semua ek…

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (Al-Jumu'ah 62:9) | <Embed> | English Translation

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Jumu'ah 62:10
) | <Embed> | English Translation

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (Al-Jumu'ah 62:11
) | <Embed> | English Translation

 
Utk surah Al-Mumtahanah lak….ada ayat mengenai larangan kita berkawan ngan non-muslim …. Tingat isu JAIS serbu Church aritukan….camner org Kafir cuba mempengaruhi akidah kita….tu sebabnya Allah dah ckp siap2 dlm ayat2 di bawah…..subhanAllah…Allah lebih mengetahui setiap apa yg akan terjadi… jgn la biarkan non-muslim menguasai pentadbiran kita..habis suma di halalkan… (aku bukan penyokong mana2 parti… tp aku menyokong ketua yg islam, tak kisah lah parti mana pun….). Cuba tgk ayat 2….org kafir akan gunakan tangan dan lidah utk kafirkan org islam….tgn = kasik duit la kot …. Lidah=ceramah2 diaorgla…. (pendapat 20sen aku..) . Cumanya Allah tak larang kalau kita berkawan gan non-muslim yg tak mempengaruhi kita or memusuhi kita…betui tak?

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. (Al-Mumtahanah 60:1) | <Embed> | English Translation

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). (Al-Mumtahanah 60:2) | <Embed> | English

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah 60:8) | <Embed> | English Translation
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahanah 60:9) | <Embed> | English Translation

High Blood....

huhhuhu....baru citer2 pasal Blood pressure last n3....
Ahad ptg terasa kebas blkg kepapa ngan telinga...mlm takleh nak tido..rasa di awangan jer..
Smlm pi keje....tak hilang lagik...pi buat keje gak...pastu dpt call dr  k.mahani (upah baju rya kat dia)
kak mahani call nak citer pasal baju raya....tgh on d phone terasa tulang pipi lak kebas...so terus tanya kat dia simptom2 aku yg kebas2 ni...
Terus kak mahani suh cepat2 pi klinik...byk gak ilmu BP yg dia bagitau...
katanya...simptom aku ni dah agak bahaya..boleh pi ke stroke...


terus stop keje jap pi klinik la2 tu jugak....sampai klinik....mmg sah BP is 150/90 ....
terus dr kasik ubat turnkan BP n terbukakla posa aku dlm klinik tu....
then suh mr hubby belikan teh misai kucing ngan ginkgo....

smlm bukak posa ngan secawan teh misai kucing n peria katak yg direbus....
yg bestnyer si hakim n najla pun suak teh misai kucing tu....so lepas ni hari2 buat satu jag la ...sebab kene share ngan diaorg heheehe....
hubby pi terawih mintak doakan high blood aku hilang...
alhamdulillah mlm td dpt tido ngan lena n kebas2 dah kurang....kul 9.30 , aku ngan anak2 dah lena...
sedar2 kul 11 tgk hubby dah balik terawih n tgh solat sunat.....tq hubby doakan isterimu ni sihat....

harini nak pi kliniik utk follow up lagik...

pagi td masa hubb pi keje senyum jer bonus nak dpt hehehe....mintak skit dr dia...jawnapanya....."bonus awak saya tak mintak..bonus saya nak mintak lak" hehehehe.... bonus i dah separuh licin bang.... alhamdulilah atas suma rezeki....

nak share pasal BP...



Hydrogenated tu means minyak yg kita masak pastu re use balik cam minya goreng2 ikan ayam....