HANAKIMNISYID FAMILY. Powered by Blogger.

Isit i'm jeleous or not 'bersyukur'...

Allah nak kasik rezeki tu bila2 masa yg Dia nak bagi... aku terjumpa balik kawan2 lama aku masa kecik2 dulu... maybe aku or maybe diapun tak sangka Allah nak bagi dia rezeki sampai macamni.. dulu... kalau belajar aku dpt A..dia dpt paling tingipun C...tkapun D takpun E... (bukan nak lekehkan ek).. skrg ni korang bygkan dia lagik 'best' dari aku.. either part academics or part 'taraf' ..... camne tu... kalau nak citer pasal family dia totally differ from my family dulula.... skrgni ...differ gak...tapi terbalik lak hehehehe... means family dia lagik better la compare dulu... adakah disebabkan in their family dah ada 'somebody' or..... aku nak citer lebih2 pun cam ngumpat lak... apapun syukur dgn apa yg kita ada whether kecik or beso maybe itu yg d'best...

futsal with kawan2 kerel...

this week geng2 skbtho2 lawan geng2 cikgu kerel lak... semuanya cam kemarukjer main bola..gamaknyer dah seminggu takde friendly... suma lencun ngan peluh... cam biasa hubby kene bawak aku ngan anak2 hheeheh....


sorang pegang bola...sorang pegang susu...


like father like son....


hubbyku...


warm up...






ILMU BARU 2 share...

“Dalam banyak-banyak ilmu, rasa antalah, ilmu apa yang paling anta ambil berat untuk diajar kepada anak-anak?” tanya seorang sahabat.

Soalan itu adalah lanjutan daripada tanda-tanya beliau mengapa saya agak kurang menulis tentang keibubapaan kebelakangan ini. Saya sedang melalui saat-saat yang sukar untuk belajar dan mengajar, kerana cabaran anak-anak terus berubah dengan cepat dari semasa ke semasa.
“Ilmu kebal!” jawab saya.
“Ilmu kebal? Ilmu mandi minyak ke?” tanya beliau lagi.
“Bukan. Ilmu kebal jahiliyyah. Ilmu ikan tidak masin di laut” saya menyambung lagi.
Kami ketawa.
“Oh, itu rupanya. Dimensi lain seni mempertahankan diri,” ujar beliau.

PEMANGSA MAKIN MENGGILA
Saya hilang kata memikirkan tentang keselamatan anak-anak sekarang. Pelbagai kes jenayah adakalanya menyebabkan kita jadi berlebih-lebihan dalam memberikan pelindungan kepada anak-anak. Hingga tidak boleh hilang di pandangan mata, biar pun seketika.
Mahu sahaja saya pakaikan anak dengan baju besi, menyiapkannya dengan bom C4 untuk dilontar kepada penjenayah-penjenayah tidak berhati perut yang menggila tanpa mengira usia mangsanya.

Tetapi kerisauan saya lagi, adalah tentang pemangsa yang abstrak.
Pemangsa yang tidak kelihatan, ia muncul dalam bentuk budaya, pemikiran, nilai, cara berfikir, yang semua itu adalah komponen-komponen aqidah yang menjadi akar umbi kepada jati diri seorang anak, ibu dan bapa bernama MUSLIM.
Ritual atau persoalan-persoalan berkaitan Fardhu ‘Ain tidak lagi boleh dijadikan ukuran bahawa si anak sudah menerima nafkah spiritual daripada ibu bapanya. Sembahyang lima waktu, doa setiap waktu, hafal rukun ini dan hafal rukun itu, semua itu penting dan pengajarannya perlu berterusan. Tetapi anak-anak harus cepat difahamkan tentang hakikat, semua itu adalah proses. Bukan matlamat akhir.
Agar jangan nanti hati terkilan mendengar kisah seorang gadis yang bertudung, bersolat dan hafal surah Yasin, murtad kerana cinta!
Bukan andaian.

Tetapi latar belakang individu murtad seperti Aisyah Bukhari dan Hartina pada era 90′an lalu, menunjukkan hal yang demikian. Biar pun kes murtad mereka masih diselubungi pelbagai tanda tanya, sekurang-sekurangnya kita tahu mereka berdua bukanlah miskin didikan agama. Khatam Quran berkali-kali, dan cukup serba serbi dalam amalan Fardhu ‘ain mereka, belum berjaya berfungsi sebagai ILMU KEBAL yang saya maksudkan.
Inilah hujah paling penting mengapa kita tidak boleh bergantung dan berpuas hati dengan silibus sekolah, sama ada silibus agama di sekolah biasa, mahu pun silibus agama di sekolah agama. Ada banyak perkara yang perlu diubah suai oleh guru agung anak-anak ini, iaitu ibu bapa mereka, dalam kehidupan seharian di rumah.

PANDUAN MEMBUAT KEPUTUSAN DAN PILIHAN
Sebagaimana yang pernah saya ungkapkan dalam artikel TELEVISYEN MANUSIA MUKALLAF, saya akui pengaruh televisyen dalam jadual kehidupan anak-anak di rumah amat mencabar. Fikir mudahnya, mahu sahaja saya buang isi perut televisyen itu, dan menukarnya kepada sebuah akuarium bersiaran ikan sepanjang masa.
Tetapi televisyen adalah salah satu elemen yang penting untuk mengajar anak ilmu yang sukar ini.
ILMU MEMILIH.

Saya dan isteri mencuba sedaya upaya.
Ada banyak rancangan televisyen yang bagus untuk anak-anak. Tetapi dalam masa yang sama, televisyen juga memaparkan banyak program yang tidak mempunyai sebarang kebaikan, selain hiburan melampau, kelalaian dan penggunaan bahasa-bahasa kesat yang sudah mengalami proses normalisasi.
Di sinilah, saya cuba belajar berperanan mendidik anak membuat pilihan.
Peringkat pertama adalah peringkat mendidik mereka memilih dari sehari ke sehari.
Peringkat kedua, menyemak kesan pilihan mereka dan melakukan muhasabah mengenainya.
Peringkat pertama, telah, sedang dan masih diteruskan.
Peringkat kedua, kami baru melepasi fasa ‘Peperiksaan Pertengahan Tahun’.

MUHASABAH
“Yop rasa keputusan peperiksaan Yop elok ke tak elok?” saya bertanya.
Soalan ditanya dalam suasana yang sangat santai dan rehat, agar anak faham bahawa soalan itu bukan soalan ancaman atau hukuman, tetapi perbualan untuk tafahum, faham memahami.
“Tak elok,” jawabnya.
“Tapi bagus sebab banyak matapelajaran meningkat. Yop pun dah tambah rajin sekarang. Betul tak?” saya mahu dia sedar akan peningkatan yang ditunjukkannya, serta menghargainya.
“Ya, Sains Yop bagus,” katanya.
“Yop suka Sains?” saya bertanya lagi.
“Suka. Sebab Yop suka tengok TV IQ” kata beliau.
Saya sedar, dalam proses memilih rancangan-rancangan televisyen yang boleh dan tidak boleh ditonton, anak saya sudah bertemu dengan beberapa rancangan yang digemarinya, dan rancangan itu benar-benar menambah nilai dalam pembelajarannya. Backyard Science, adalah contoh program kreatif untuk mendekatkan Sains dengan kehidupan anak-anak.
Beberapa animasi di dalam rancangan Playhouse Disney juga banyak membantu peningkatan vocab anak saya.
Tetapi ASTRO Ceria, Cartoon Network, Nickelodeon dan Disney Channel masih dikunci dengan kata laluan. Ia hanya dibuka sesekali sebagai ganjaran apabila keadaan mengizinkan.
“Tapi bila campur-campur semua, masih belum cukup bagus, kan?” saya bertanya lagi.
Saiful Islam mengangguk.
“Kenapa agaknya keputusan belum cukup bagus?” saya menyambung proses muhasabah.
“Sebab Yop banyak tengok TV” akui beliau.
Alhamdulillah, saya mahu beliau sendiri sedar akan kesilapannya. Melepaskan diri daripada tabiat suka menonton televisyen, adalah sangat susah. Cara mudahnya ialah dengan menghilangkan terus televisyen dari kehidupan mereka. Tetapi saya masih mahu bereksperimen.

Mengajar anak ILMU KEBAL. Salah satu silibusnya ialah ILMU MEMILIH dan MEMBUAT KEPUTUSAN.

Anak saya sudah faham, sebab di sebalik nasihat demi nasihat, bahkan leteran demi leteran yang datang daripada saya, ibunya malah pembantu rumah. Menonton televisyen itu boleh, tetapi ada batasnya. Apabila batas itu dilanggar, hukuman dunia sudah cukup memeritkan kalau tidak hukuman Akhirat yang menanti.
Itu soal televisyen dan pilihan.

MEMAHAMI IBADAH
Sesetengah ibu bapa berpuas hati kalau anaknya menghafal doa.
Doa sebelum dan selepas makan, doa pakai baju, doa masuk dan keluar tandas dan macam-macam doa lagi.
Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’aala tidak memandang kepada doa yang datang daripada hati yang alpa. Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui akan maknanya.
Ia bukan sahaja soal bahasa doa itu bahasa Arab.
Malah jika doa itu dalam bahasa pertuturan seharian kita sekali pun, ia mungkin doa yang tidak difahami andai pembacaannya hasil hafalan semata-mata.
“Yop bacalah doa. Keretapi sudah mahu bergerak” saya berpesan.
Kami berdua dalam perjalanan balik ke Ipoh. Saya ada tugasan di Ipoh, dan membawa seorang anak dapat meredakan sedikit ‘perang saudara’ mereka di rumah.
“Yop tak ingatlah. Susah doa tu,” katanya.
“Apabila kita berdoa, kita minta apa, Yop?” saya cuba mengorek apa yang anak saya faham tentang doa.
“Kita minta selamat. Minta Allah tolong,” jawab Saiful Islam.
“Hah, mintalah keselamatan dan pertolongan dari Allah,” kata saya.
“Ya Allah, Yop dan Abi nak pergi rumah opah. Selamatkanlah kami. Selamatkanlah keretapi. Bagilah kami selamat sampai, dapat jumpa Opah, dapat jumpa Pak Long, Ameen,” doa Saiful Islam.
Entah kenapa, saya berasa sangat sebak hati mendengarnya. Perkataan yang diungkapkan oleh si anak, tulus dari hati dan fikirannya yang faham dengan apa yang diminta, sungguh bermakna. Mudah-mudahan di sisi Allah, doa sedemikian lebih besar harganya.
Apa yang saya dan isteri cuba tambahkan ialah tahmid dan selawat pendek di awal dan di hujung doa. Itu sahaja.

DOA PASCA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
“Yop bacakan doa, boleh?” saya meminta Saiful Islam membaca doa usai kami solat berjemaah di suatu hari.
“Ya Allah, Yop minta ampun. Yop minta maaf. Yop banyak buat salah. Ampunkan kesalahan Yop, ibu dan bapa Yop, adik-adik Yop, cikgu-cikgu Yop, kawan-kawan Yop dan saudara mara Yop. Tolonglah supaya Yop, Naurah dan Imad boleh jadi anak yang baik, rajin, suka membantu Abi dan Umi. Tolonglah Yop supaya Yop jangan suka tengok tv. Bagi Yop suka belajar dan baca buku. Bagilah kebaikan di dunia dan di Akhirat. Masukkan kami semua ke dalam Syurga dan jauhkan kami dari Neraka. Ameen!”
Doa itu sangat tulus.
Saya menyambutnya dengan air mata.
Selesai sudah bab 1 dari subjek ILMU KEBAL untuk anakku.


di ambil dari:-
ABU SAIF @ www.saifulislam.com68000 AMPANG

TQVM Mr. Hazman...

Semalam aku amik EL... 8hb July genapla umur ku yg ke XX...dah tuapun...Alhamdulillah aku dipanjangkan umur lagik...moga2 Allah panajngkan umur sehingga aku berjaya mendidik anak2 aku berjaya di dunia & akhirat...

kul 10am hubby ku msg suh bersiap...hehe... so pi Midvalley...tgk Transformers 2 , aku suka sgt ngan Optimus Prime yg machooo.... kul 3 abis pi lunch lak.. n then dah kenyang..hubby ku belikan jam as present...thanks my hubby... actually jam Bonia masa bertunang aritu dah rosak... yela dah 5 tahunkan hayat dia... nak baiki kene 100+....

Rasa puas hati sgt coz boleh spend the whole day with my hubby... azam aku nak jadik isteri yg lebih solehah n ibu yang terbaik buat anak2 aku...ini yg hubby aku selalu doa lepas solat utk aku hehehehe....




Seiko Sapphire Crystal yg ku idam2 kan... thanks hubby...


Candlelight lunch at Amarin Heavenly Thai Seacuisine Restaurant.... ni bil nyer....



sedapkan.....sekejapjer dah licin hehehehe......




2 ticket for Transformers 2 ....


umah ku syurgaku....

even dah basi sikit story ni but as my frenz wish, ku letakkan gambar umah baru ku... Alhamdulillah 1/5/09 aku berpindah ke umah baru si Sg.Sekamat, kajang. Thanks 4 my hubby 4 this wonderful house (ye ke?). Tmn ni agak ke dalam skit ..betul2 belakang sek ren sri sekamat.. just ada 30 unit umah jer... tapi yang pindah baru 16 umah...so sunyi lagikla.. ari2 lepas maghrib ku baca doa 10 ayat al Baqarah supaya selamat anak beranak... takut jugakkan zaman skrgni mcm2 la yg tak elok di dgr.....kita usaha...Allah yg tentukan...


My Kitchen Kabinet....kecikjer...dah dapur kecik hehehehe....


hubby ku dok berkebun ..tgh tanam pokok lengkuas... nampak tak pokok pisang? mak aku dari kg kasik suh tanam..pisang emas, pisang wak n pisang tanduk...tak sabar nak tgu berbuah...


belakang umah... 10 tahun lagik bakal di besarkan kalau ada rezeki dari Allah..


part paling best...berkebun..nih hasil tanamn aku...


melayan Najla n Hakim main basikal....


Ini lah perumahan ku..... No .11, Tmn Pinggiran Sekamat...Kajang.. Jemputla dtg....

Friendly with Kementerian Kesihatan

as usual, every week mesti ada game futsal yang dipengerusikan oleh husband aku secara sukarela... nak tak nak kene ikut coz takut dok umah sorang2 hehehe... nasib baik game start awal kul 9 mlm... di Sport Planet Kajang. Kalini friendly ngan warga2 kementerian kesihatan pulak.. team husband aku ramai yg tak turun mlm ni (cikgu2 SK Bdr Tun Hussein Onn 2) yg turn pun cuma 4-5 org jer...ada komitmen lain kot.. sapa yang menang pun aku tak perasan coz sibuk dok layan kerenah Najla n Hakim... especially Najla yg dok berebut susu ngan Hakim...siap golek2 kat atas lantai lagik...aduihhhh mencabar kesabaran betul.... kalau ada rotan dah kene dah... tpai control jer depan org lain hehehehe.... anak oh anak.......ku amalkan surah INSYIRAH jer kasik control aura marah hehehe... kul 10.30 mlm dah habis..aku dah menguappppppp...

Hakim dok jeling kakak dia.....

apa yg dia dok fikir tu....

hubby red team

Hubby oh hubby....

Salam, akhirnya aku berjaya adakan masa utk create blog khas utk aktviti bola my hubby. Actually dah lama nak buat..tapi kesibukan keje melampau2... Husband aku ni memang kaki bola...kalau tak main bola seminggu memang down la dia...boleh DEMAM tu... kalau dpt main bola energy jadik cam INCREDIBLE jer.. suma keje dia boleh buat...(part ni yg aku suka)... kalau dpt main bola balik tu mesti mood baik nyer...siap boleh tanya nak buat keje apa... kalau mata tu dah nak tutup pun, kalau sebab bola mesti pi gak....cuba ajak pi shoppingke apa ke mesti kene reject hehehehe... apa2pun dialah my beloved hubby....