skrgkan musim demam batuk selesama....lepas raya aritu najla, hakim n hani asyik pusing2 mcm roda jer virus2 ni suma....sorg baik sorg demam..baik sekejap demam balik..pastu jangkit lak kat abg pastu adik pastu kakak..pusing2 tangtu jer.....
gara2 medical cover aku dah asses. for tis year....(dah lebih 3k ....) so smlm laki aku bawak hakim n najla pi hosp kajang.....dpt ubat demam n antibiotik.... dipendekkan citer...ini kali kke-2 Hakim allergik ngan abtibiotik.....1st kes masa awal tahun dpt antibitik dr panel klinik utk sakit pelentong....kesanya beberapa jam lepas amik mata dia bengkak....so terus stop....
pagi td bangun tido Hakim bagitau dia takleh bangun...rupanya kaki dia kejang la....cuak giler aku...nasib baik mr hubby tak pi sek lagik....urut kaki ngan minyak hangat n mr hubby buat fisio kat kaki dia....alhamdulillah pastu leh jalan....tp Hakim cam fobia2 skit nak jalan....so harini searching info ttg antibiotik allergik..... mmg sah salah satu nyer kaki kejang.... sila baca info dibwh yer....
Antibiotik - Kisah Seekor Harimau Yang Kehilangan Taring
Assalamualaikum,
Ramai
ibu bapa yang meminta saya menulis tentang antibiotik. Antibiotik
menjadi subjek yang sangat penting di dalam bidang perubatan sehingga
kini. Sejak ia dijumpai oleh saintis Perancis Alexander Fleming pada
tahun 1928 (sebelum itu dijumpai oleh seorang pelajar
perubatan dari German pd 1896 - tapi tak popular), penicillium yang
merupakan produk dari sejenis kulat didapati berjaya membunuh pelbagai
bakteria. Penicillin kemudiannya digunakan secara meluas ketika perang
dunia ke 2 sebagai rawatan utama.
Sehingga
kini berpuluh-puluh antibiotik digunakan secara meluas diseluruh dunia.
Antibiotik boleh dibahagikan kepada kesannya yang membunuh bakteria
(bactericidal) atau kesan yang merencatkan aktiviti bakteria
(bacteriostatic). Kedua-duanya memberi kesan untuk melumpuhkan bakteria
daripada merebak di dalam badan.
Sesuai
dengan kesannya, antibiotik hanya berkesan untuk membunuh bakteria dan
bukan virus. Virus biasanya menyebabkan batuk, sakit tekak, selsema dan
sakit badan. 80% sakit tekak dan selsema adalah disebabkan virus. Virus
biasanya akan hilang dengan sendirinya selama 7 hari hingga 14 hari
walaupun tanpa penggunaan antibiotik.
Sebagai
contoh - Denggi ialah sejenis virus, jadi tiada antibiotik apa pun di
dalam dunia ini yang boleh membunuh virus denggi. Ia akan hilang dengan
sendirinya selepas 10 hari, tetapi perawatan yang lain seperti mengawal
hidrasi tubuh dan pemerhatian kadar platelet diperlukan. Kenapa tiada
antibiotik digunakan untuk merawat denggi? Ya, kerana denggi ialah
sejenis virus. (pandaaaii..... :) )
Sekiranya
semua doktor memberikan antibiotik kepada pesakit yang mempunyai sakit
tekak dan selsema, dan semua pesakit mengambilnya, ini bermakna 80%
daripada antibiotik tadi yang tidak memberi apa-apa kesan kepada virus
adalah satu pembaziran, sia-sia malah boleh mendatangkan bahaya kepada
tubuh.
Kenapa Perlu Berhati-Hati Mengambil Antibiotik?
1. Antibiotik boleh menyebabkan alahan.
Alahan boleh jadi sedikit seperti urticaria iaitu timbul ruam gegata di
seluruh badan sehingga ke alahan yang teruk seperti kulit melecur dan
sesak nafas.
2. Antibiotik mempunyai kesan sampingan. Antibiotik boleh menyebabkan
kesan sampingan kecil seperti loya, pening, muntah dan cirit birit
sehingga ke yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, usus dan hati,
pekak dan sawan. Steven Johnson Syndrome adalah satu kesan sampingan
kepada beberapa jenis antibiotik berasaskan sulfa. Ia menyebabkan
keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang kawasan seperti mulut
mata dan lidah. Kesan sampingan ini boleh membawa maut. Sila lihat
gambar.
3. Antibiotik sebagai bom nuklear.
Bukan semua bakteria di dalam badan adalah jahat. Bakteria baik di
dalam usus sebagai contoh lactobacillus, memenuhi usus supaya bakteria
jahat seperti Clostridium Difficile tidak dapat memenuhi ruang tersebut.
Malah ada bakteria di usus yang boleh membantu penghadaman dan
menghasilkan sejenis vitamin yang membantu manusia. Begitu juga
contohnya dengan kawasan vagina wanita. Bakteria baik yang terbunuh
boleh menyebabkan "candida", sejenis kulat senang membiak di kawasan
itu.
Malangnya, antibiotik tidak mengenal
musuh. Ia seperti sebuah BOM NUKLEAR. Kawan atau lawan, semuanya disapu,
disembelih dan dibunuh dengan kejam. Pembunuhan beramai-ramai tanpa
belas kasihan ini ternyata membawa padah. Selepas tiada lagi bakteria
yang baik, maka bakteria yang jahat akan bermaharajalela. Jadilah episod
cerita koboi bila sherif dah tak ada.
Antibiotik Seperti Harimau Hilang Taring
Apabila
antibiotik diambil dan digunakan sewenang-wenangnya, maka Bakteria yang
tidak terbunuh oleh antibiotik akan menjalani mutasi. Ia menjadi kebal
dan semakin kuat. Bakteria ini akan membiak dan tersebar di kalangan
manusia yang dekat dan jauh.
Apa
yang berlaku, antibiotik yang sama apabila digunakan tidak lagi
berfungsi seperti sebelumnya. Maka, doktor terpaksa menggunakan
antibiotik yang lebih kuat kerana yang lama tidak berkesan. Kitaran ini
akan menjadi lebih menakutkan. Antibiotik yang kuat ini pula digunakan
sewenang-wenangnya. Maka apabila bakteria mula bermutasi dan menjadi
kebal, antibiotik yang kuat tadi semakin hilang belangnya. Antibiotik
yang lebih kuat lagi digunakan... ia akan berterusan sehingga tiada lagi
antibiotik yang berkesan terhadap manusia.
Kos Perubatan Meningkat
Semakin
kuat antibiotik digunakan semakin mahal antibiotik tersebut. Anda yang
kaya mungkin tak kisah dengan kos antibiotik yang meningkat sekarang.
Tetapi buat yang susah, RM 60 untuk 7 biji Augmentin memang memeningkan
kepala. Di hospital kos perbelanjaaan rawatan juga semakin meningkat.
Ini kerana antibiotik yang kuat tidak mungkin berharga murah. Syarikat
farmaseutikal terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk menghasilkan
antibiotik yang lebih kuat dan siapa yang harus membayar harga itu?
Kenapa Antibiotik Digunakan Sewenang-Wenangnya?
1.
Sebelum menuding kesalahan kepada orang lain, lebih baik salahkan diri
sendiri dahulu. Doktor seperti saya, kadangkala selalu memberikan
antibiotik walaupun tidak perlu. Biasanya General Practioner (GP) di
klinik-klinik swasta lebih suka melakukan demikian. Ada beberapa
sebab...
a. Satunya mungkin tidak beberapa yakin kepada diagnosis yang dibuat. Terdapat
garisan di antara jangkitan bakteria dan virus. Mungkin garisan itu sukar
dibezakan untuk sesetengah pesakit.
b. Untuk mengelakkan secondary infection. Jangkitan bakteria di atas jangkitan virus yang sedia ada. (ini alasan yang baik bagi doktor untuk menjual antibiotik)
c. Menghindarkan persepsi buruk pesakit kepada doktor dan klinik. Kalau anda nak tahu, ada jenis pesakit yang mempunyai tanggapan buruk kepada doktor yang tak mahu memberikan antibiotik. "Apalah ini doktor, tarak bagi antibiotik, next time tarak mau datang sini lagi". atau "ini klinik tak bagus, takda bagi antibiotik". Hilang seorang pelanggan...
d. Meningkatkan keuntungan dengan memberi antibiotik. Ya, jualan antibiotik boleh menguntungkan. Itu sebab ramai doktor swasta akan memberi antibiotik walaupun dengan sebab-sebab yang tidak logik.
2.
Pesakit juga bersalah di dalam hal ini. Saya sudah banyak kali
menceritakan ada ibu bapa yang terlalu menekan doktor untuk memberi
antibiotik. Ada yang masam mencuka bila tak bagi antibiotik. Padahal
anak tak ada demam pun, atau hanya sedikit selsema. Jikalau ibu bapa
tahu betapa teruknya kesan Steven Johson Syndrome, sejenis lecuran kulit
disebabkan alahan antibiotik pasti anda lebih berhati-hati.
"Anak saya takkan baik kalau tak diberi antibiotik". Ini adalah ayat cliche untuk ibu ayah yang selalu bagi anaknya antibiotik walaupun sedikit demam.
Cara Saya
Anda
patut percaya, saya sendiri sebagai doktor, tak pernah memberi
antibiotik kepada anak saya yang batuk, demm atau selsema selama
seminggu. Saya akan memberinya ubat-ubat yang perlu sahaja, vitamin C
tambahan, minum air kosong banyak dan makan banyak buah-buahan. Pada
kebiasaannya, selepas seminggu batuk itu akan hilang.
Sekiranya
selepas seminggu batuk, dengan adanya demam tinggi dan selsema, saya
mungkin akan mulakan antibiotik yang paling rendah. Antibiotik mesti
dihabiskan.
Perlu diberitahu di sini... Ubat
antibiotik bukanlah ubat demam, atau selsema atau ubat sakit perut. Ia
adalah untuk membunuh bakteria dan . Kalau demam, makan lah ubat demam
dan kalau selsema makanlah ubat selsema. Antibiotik digunakan sekiranya
terdapat jangkitan bakteria.
Doktor, Tolong Bagi Antibiotik Paling Kuat!
"Doktor,
saya batuk dan sakit tekak, esok saya ada meeting. Boleh bagi saya
antibiotik paling kuat supaya saya boleh pergi meeting esok".
Pertama
sekali saya nak bagi tahu, Allah bagi kita sakit selain daripada ujian
dan menghapuskan dosa, ialah untuk memberitahu kita yang badan kita ini
perlukan rehat kerana bekerja terlalu kuat. Antibiotik tak boleh
membantu anda mengembalikan kesihatan anda seperti sediakala sekiranya
anda mengidap jangkitan. Berilah masa untuk badan anda berehat.
Kedua,
untuk memberi antibiotik, perlu ada caranya. Mulakan dengan antibiotik
yang tak beberapa kuat dahulu. Kemudian baru naik selangkah demi
selangkah sekiranya tidak berkesan. Kalau kita nak bunuh seekor nyamuk,
janganlah rumah hendak dibakar. Kalau nak bunuh bakteria yang tak
beberapa kuat, jangan gunakan antibiotik yang paling kuat. Itu salah
cara.
Tujuannya
adalah untuk memastikan antibiotik yang paling kuat disimpan untuk
menghadapi kuman yang sama kuat juga. Sekiranya kuman biasa pun dah
menjadi kebal kepada antibiotik yang paling kuat, apabila tiba kuman
yang paling kuat, tiada antibiotik lagi yang boleh digunakan.
Bayangkan,
tiada lagi ubat untuk membunuh bakteria... Sedikit luka di kaki pun
boleh menyebabkan kematian. Kita seolah-olah kembali ke zaman sebelum
Perang Dunia Kedua!!
credit to : http://drazwan.blogspot.com/2008/01/antibiotik-kisah-seekor-harimau-yang.html
1 comments:
salam, azie. aku pun alergik antibiotik juga...aku tak boleh ambil penisilin...kalau makan juga, harus bengkak seluruh muka
Post a Comment