HANAKIMNISYID FAMILY. Powered by Blogger.

Indahnya Al_Quran


Saja nak share tafisir al-quran utk hari ni…. Kalau kita baca al-quran n hayati setiap perkataannya…..subhanAllah…
Al-Quran itu mmg sempurna utk panduan hidup kita di dunia ini…
Nak share setiap ayat korang boleh baca sendirikan…..just nak amik certain2 ayat2 jer…
 Harini tadarus aku dah sampai surah Al-Jumuah…so masa baca, jumpa ngan ayat2 yg interesting n berkait ngan kehidupan semasa kita… (actually suma ayat2 alquran tu berkait ngan kitakan)..
ayat2 bwh ni terang2 suruh pi solat jumaat, even ko tgh berniaga…… tp kita tkg ramai yg berniaga buat dek jer nak solat jumaat kan…. Siap ada laki2 yg pi shoping kat shoping complex….betui tak? Cuba tgk ayat 10 tu…terang2 Allah ckp pi solat jumaat dulu pastu meniagala balik or buatla apa balik..lagik tuhan kasik rezeki byk…. Pastu tgk ayat 11 pulak… pasal dgr khutbah ni….rasanya ramai gak yg skip khutbah…pahala besar dgr khutbah tu kan…. Buat renungan kita semua ek…

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), (Al-Jumu'ah 62:9) | <Embed> | English Translation

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Jumu'ah 62:10
) | <Embed> | English Translation

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu; dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (Al-Jumu'ah 62:11
) | <Embed> | English Translation

 
Utk surah Al-Mumtahanah lak….ada ayat mengenai larangan kita berkawan ngan non-muslim …. Tingat isu JAIS serbu Church aritukan….camner org Kafir cuba mempengaruhi akidah kita….tu sebabnya Allah dah ckp siap2 dlm ayat2 di bawah…..subhanAllah…Allah lebih mengetahui setiap apa yg akan terjadi… jgn la biarkan non-muslim menguasai pentadbiran kita..habis suma di halalkan… (aku bukan penyokong mana2 parti… tp aku menyokong ketua yg islam, tak kisah lah parti mana pun….). Cuba tgk ayat 2….org kafir akan gunakan tangan dan lidah utk kafirkan org islam….tgn = kasik duit la kot …. Lidah=ceramah2 diaorgla…. (pendapat 20sen aku..) . Cumanya Allah tak larang kalau kita berkawan gan non-muslim yg tak mempengaruhi kita or memusuhi kita…betui tak?

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul. (Al-Mumtahanah 60:1) | <Embed> | English Translation

Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu, dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). (Al-Mumtahanah 60:2) | <Embed> | English

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al-Mumtahanah 60:8) | <Embed> | English Translation
Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahanah 60:9) | <Embed> | English Translation

0 comments:

Post a Comment