HANAKIMNISYID FAMILY. Powered by Blogger.

Kurma Badam Akbar




aritu  punya stock ambil masa cuti  sek dah licin....
smlm baru amik stock baru n pun dah licin harini....
so nex week order baru akan sampai....

aritu cikgu sek hubby pi tgk kat pkns juai rm20 sekotak...
tp saya saya juai2 sambil2 nak makan sendiri jugak...
so sapa2 yg nak..

saya cuma juai sekotak RM16 jer....
kalau nak order lebih dr 5 kotak saya delivery jer tp area2 yg dekat ngan saya jer la ek...
kalau nak email saya yer hananikim@gmail.com



Malam Nisfu Syaaban

Moga suma notice yg mlm ni adalah malam nisfu Syaaban......actuallly aku igt tahunni jatuh khamis mlm jumaat...check calendar rupayanya rabu malam khamis....
officemate dah siap booking badminton courts dr 2 last weeks..so kene proceedla jugak...
tp xleh main pai kul 8 la....kul 6.30 nak cincau dah coz nak kejar baca Yasin after maghrib sekeluarga...insyaAllah...a
InsyaAllah jugak kalau jaga bersahur nak posa Sunat Nisfu Syaaban pulak....

Dulu2 masa kecik2.....mak ngan abah aku kalau nisfu Syaaban kitaorg akan kumpul ramai2 baca Yasin sesama.....so aku nak cuba buat mcm tu jugak amalan ni berlarutan la ke anak cucu cicit kan....
Malam Nisfu Syaaban ni antara malam yg pintu rahmat terbuka luas.....dan buku amalan kita diangkat kelangit dan bermula la buku baru utk kita......
So saya nak mintak maaf kaalu ada salah silap tersengaja atau tak sengaja terdetik dlm hati ker perkara2 yg tak elok kepada suma blogger2 yg membaca ...semoga buku kita dipenuhi amalan2 yg baik2 saja kan....
Jgn lupa selesai sembahyang Maghrib
1)membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah   2) Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya
 3) Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.


MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).